ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 29. Perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, memberi kuasa atau menurunkan kuasa mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis, penunaian mana-mana kewajipannya atau perjalanan mana-mana kuasanya untuk melaksanakan keputusan Majlis.

(2) Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya perwakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut perwakilan itu.

(4) Tiada suatu perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghalang Majlis daripada menjalankan atau melaksanakan sendiri mana-mana kewajipan, kuasa atau tugas yang diwakilkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.