ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 166. Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Pada masa pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mendengar perayu atau Peguam Syarienya, jika dia hadir, dan jika difikirkan perlu, mendengar responden atau Peguam Syarienya, jika dia hadir, dan boleh mendengar perayu atau Peguam Syarienya menjawab; dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh kemudiannya sama ada mengekal, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan, atau boleh mengarahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar semula perkara itu dengan pendapat Mahkamah Rayuan Syariah kepada Mahkamah yang membicarakan, atau boleh membuat apa-apa perintah yang lain sebagaimana ia difikirkan adil, dan boleh dengan perintah itu melaksanakan apa-apa kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu.

(2) Pada masa pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan sesuatu hukuman yang lain patut dijatuhkan, membatalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah yang membicarakan dan menjatuhkan sesuatu hukuman yang lain yang dibenarkan oleh undang-undang (sama ada lebih atau kurang berat dari hukuman asal) yang difikirkan sepatutnya dijatuhkan sebagai ganti.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.