ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 117. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan—
(a)
sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b)
jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.