ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 21. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukannya oleh kerana ugutan.


Kecuali kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman bunuh, tiadalah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh ugutan yang tatkala melakukannya, munasabah menyebabkan ketakutan bahawa jika ia tidak dilakukannya, akibatnya ia akan mendapat kematian serta-merta, dengan syarat bahawa orang yang melakukan perbuatan itu tidak meletakkan dirinya dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu, sama ada dengan kemahuannya sendiri, atau oleh kerana suatu ketakutan yang munasabah akan apa-apa kerosakan kepada dirinya selain dari kematian serta-merta.

Huraian 1 - Seseorang yang masuk kumpulan perompak dengan mengetahui watak mereka, dengan kemahuannya sendiri, atau oleh sebab ugutan akan dipukul, tidaklah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan yang ia telah dipaksa oleh perompak-perompak yang ia sekutui itu melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Huraian 2 - Seseorang yang ditangkap oleh kumpulan perompak, dan dipaksa dengan ungutan kematian atau kecederaan parah serta-merta supaya melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang - umpamanya seorang tukang besi yang dipaksa mengambil perkakas, dan memecahkan pintu sebuah rumah untuk kumpulan perompak itu masuk dan merompak - adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.