ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 113. Testimoni tentang fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang disebut dalam seksyen 112.

Seseorang saksi boleh juga memberikan keterangan tentang fakta yang disebut dalam mana-mana dokumen sedemikian yang disebut dalam seksyen 112, walaupun dia tidak mempunyai ingatan spesifik tentang fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta itu telah direkodkan dengan betul dalam dokumen itu.
MISALAN

Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberikan keterangan tentang fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang biasa disimpan dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disimpan dalam betulnya, walaupun dia telah melupai transaksi-transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.