ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah



Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai nyataan menjadi soal dan qarinah.

Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap nyataan yang menjadi soal dan mengenai nyataan lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah dan tidak kena-mengena dengan mana-mana nyataan lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan sesiapa pun memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan yang dia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubung dengan acara mal.

MISALAN

A dituduh memukul B, isterinya, dengan tongkat dengan niat hendak menyeksanya.

Dalam perbicaraan A nyataan yang berikut adalah menjadi soal:

A memukul B dengan tongkat.

A menyakiti B dengan pukulan itu dengan niat menyeksa B
.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.