ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 50. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri dan isteri nusyuz.

(1) Mahkamah boleh memerintahkan seorang suami membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya-
(2) Seorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila ia nusyuz.

(3) Mahkamah mempunyai kuasa memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika ianya tak berdaya sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh sebab kerusakan otak atas jasmani atau tidak sihat dari mencari nafkah hidupnya dan jika Mahkamah berpuashati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah berpatutan memerintahkan sedemikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.