ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah



Seksyen 8. Sebab, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau kemudian.

(1) Sesuatu nyataan yang menunjukkan atau menjadikan sesuatu sebab atau persediaan bagi sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan adalah qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang wakil bagi mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu atau berkenaan dengan sesuatu nyataan yang menjadi soal dalamnya atau yang ada hubungan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau selepasnya.

Huraian 1 - Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan melainkan jika kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain daripada kenyataan, tetapi huraian ini tidak menyentuh perkaitan kenyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Ordinan ini.

Huraian 2
- Apabila kelakuan seseorang ada hubungan dengan apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapannya dan dalam pendengarannya yang menyentuh kelakuannya itu adalah qarinah.
MISALAN


(
a) Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen adalah wasiat A.

Nyataan bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A telah menyiasat berkenaan dengan perkara yang tersebut dalam wasiat itu, bahawa dia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan hal membuat wasiat itu, dan bahawa dia telah mengarahkan draf bagi wasiat lain disediakan yang mana dia tidak mempersetujuinya adalah qarinah.

(
b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.

Nyataan bahawa A telah melarikan diri selepas menerima sepucuk surat yang memberi amaran kepadanya bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat itu adalah qarinah.

(
c) A dituduh melakukan suatu jenayah.

Nyataan bahawa selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia melarikan diri, atau telah cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu adalah qarinah





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.