ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
Seksyen 4. Penubuhan dan memperbadankan Majlis Agama Islam Melaka.
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang hendaklah menjadi suatu perbadanan bernama "Majlis Agama Islam Melaka" dan yang kekal turun-temurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya yang tersebut itu, dan tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang, menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan meminjam wang tertakluk kepada sesuatu undang-undang bertulis mengenai harta tersebut boleh memindahhak, menyerahhak, menyerahbalik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.
(2) (a)
Apabila sahaja mula berkuatkuasa Bahagian ini "Majlis Agama Islam Melaka" yang telah wujud dengan kuasa seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1959, hendaklah disifatkan sebagai badan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) ini.
(b) Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum mula berkuatkuasa Bahagian ini adalah ter-letakhak atau dipertanggungkan kepada "Majlis Agama Islam Melaka" hendaklah pada mula berkuatkuasa Enakmen ini terletakhak dan dipertanggungkan kepada Majlis setakat ianya tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan ini.
(c) Segala harta alih atau tak alih, daripada segala jenis yang sebelum mula berkuatkuasa Enakmen ini adalah terletakhak kepada "Majlis Agama Islam Melaka" hendaklah pada mula berkuatkuasa Bahagian ini dengan tiada perlunya dipindahhak, diserahhak atau dipindahmilik hendaklah terletakhak kepada Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.