ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 123. Engkar Perintah Kebawah DYMM Al-Sultan berkenaan awal Ramadhan dan Hari Raya.

Seseorang yang engkar akan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan berkenaan awal puasa Ramadhan atau Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Haji, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.