ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah.
Fakta menjadi
qarinah -
(a) jika ianya tak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
(b) jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada
A
ada melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu
A
berada di Ipoh ialah
qarinah
.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu
A
berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak barangkali, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah
qarinah
.
(b) Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh
A, B, C
atau
D
. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh
B, C
atau
,D
ialah
qarinah
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.