ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 4 - PERHUBUNGAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Fasal 120. Saksi hendaklah diperiksa melalui pihak yang ada hubungan dengannya.

Pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 119 hendaklah dijalankan melalui pemeriksaan rahsia dan, jika Hakim menghendaki sedemikian, di dalam Mahkamah terbuka melalui pihak-pihak yang ada hubungan dengannya.
MISALAN

(a) Jika saksi itu seorang murid, dia hendaklah diperiksa melalui gurunya.

(b) Jika saksi itu seorang anggota tentera, dia hendaklah diperiksa melalui pegawai pemerintahnya.

(c) Jika saksi itu seorang awam, ia hendaklah diperiksa melalui seorang pemastautin yang boleh dipercayai yang bermastautin di tempat di mana dia bermastautin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.