ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 5. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

Jika bagi maksud-maksud Enakmen ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang itu orang Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriterium reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.