BAHAGIAN XXIII - KOS, ELAUN DAN FI MAHKAMAH
Jika pada pendengaran apa-apa prosiding seseorang hadir di Mahkamah sebagai seorang saksi mengenai fakta, atau sebagai seorang saksi untuk mengemukakan sesuatu dokumen, maka boleh dibenarkan baginya apa-apa jumlah wang yang patut sebagaimana yang ditetapkan.