ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 224. Fee, deposit dan perbelanjaan.

Apabila apa-apa fee atau deposit kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perbuatan, atau apa-apa perbelanjaan adalah perlu untuk melakukan sesuatu tindakan, pegawai yang dipertanggungjawab untuk melakukan tindakan itu tidaklah dikehendaki melakukannya sehingga fee, deposit atau amaun perbelanjaan itu telah dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.