ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 90. Ketinggalan sengaja, oleh seseorang yang terikat untuk memberi maklumat mengenai sesuatu kesalahan.

Mana-mana orang yang diketahui atau yang ada sebab mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan, dengan sengaja meninggalkan daripada memberi apa-apa maklumat mengenai kesalahan itu yang ia terikat di sisi undang-undang untuk memberi, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.