ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 46. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu.

(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam
Warta.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Terengganu dan hendaklah terus memegang jawatan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.