ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 84. Kewajipan pihak kena tuntut dan majikan supaya mematuhi perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Seseorang yang kepadanya suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga diarahkan hendaklah, walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain tetapi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Ordinan ini, mematuhi perintah itu atau, jika perintah itu kemudiannya diubah di bawah seksyen 82, perintah seperti yang diubah itu.

(2) Jika pada bila-bila masa, apabila pendapatan-tenaga yang kena dibayar kepada pihak kena tuntut, terdapat dua atau lebih perintah tahanan pendapatan-tenaga berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendapatan-tenaga itu, maka, bagi maksud mematuhi Ordinan ini, majikan hendaklah-

(3) Seseorang majikan yang, menurut suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga, membuat pembayaran di bawah Ordinan ini hendaklah memberi kepada pihak kena tuntut suatu penyata bertulis menyatakan amaun yang dibayarnya itu.

(4) Jika orang yang kepadanya suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga diarahkan tidak pernah, dalam tempoh terdahulu dan tarikh perintah itu disampaikan kepadanya, pada bila-bila masa menjadi majikan pihak kena tuntut itu, dia hendaklah dengan serta-merta memberi notis bertulis menyatakan sedemikian dalam borang yang ditetapkan kepada Mahkamah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.