ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 14. Bidangkuasa Jawatankuasa Ulang Bicara.

(1) Tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang bertulis lain yang mengawal perjalanan dan aturcara bagaimana rayuan boleh dibuat, Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan terhadap mana-mana keputusan atau perintah yang dibuat oleh Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi.

(2) Selain daripada kuasa yang diberi kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang bertulis lain, Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah juga berkuasa jika didapati diperlukan oleh kepentingan keadilan, mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan terhadap mana-mana keputusan atau perintah yang telah dibuat dengan tidak sahnya di bawah mana-mana peruntukan Undang-undang Islam Negeri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.