ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGlAN IX - PEMBAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH



Seksyen 74. Pembayaran daripada Mahkamah.

Tertakluk kepada Bahagian XV dan seksyen 79, jika pembayaran ke dalam Mahkamah adalah sama dengan amaun yang dituntut, atau plaintif memilih menerimanya sebagai penyelesaian kesemua tuntutan, amaun itu hendaklah dibayar daripada Mahkamah kepadanya, dan plaintif boleh mendapat penghakiman bagi semua kos yang sebenarnya dilakukan sebelum dia menerima notis pembayaran ke dalam Mahkamah itu dan kos untuk mendapat penghakiman bagi kos tersebut, melainkan dibayar tanpa perintah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.