ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - SALAH ATURAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 201. Salah tempat prosiding dan lain-lain.

Tiada sesuatu pendapat, hukuman atau perintah oleh mana-mana Mahkamah akan diketepikan hanya atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain di mana ianya dijatuhkan atau dibuat, telah berlaku di dalam bidangkuasa tempatan yang salah atau dihadapan Mahkamah yang salah, kecuali kesalahan itu menimbulkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.