ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 95. Pelantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.

Seseorang ibu yang beragama Islam boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa, dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasa-kuasanya sebagai penjaga melalui wasiat atau, jika tidak ada seorang penjaga di sisi undang-undang, dia boleh dilantik sebagai penjaga di sisi undang-undang oleh Mahkamah, tetapi jika dia tidak dilantik sebagai demikian, dia tidak boleh membuat apa-apa urusan mengenai harta kanak-kanak belum dewasa itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.