ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 46. Timbangtara oleh Hakam.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati babawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik mengikut Undang-Undang Islam dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.

(2) Pada melantik Hakam di bawah subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, jika mungkin, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

(3) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada Hakam tentang pengendalian penimbangtaraan itu dan mereka hendaklah mengendalikannya mengikut arahan-arahan itu dan Undang-Undang Islam.

(4) Jika Hakam itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik Hakam lain bagi menggantikan mereka.

(5) Hakam itu hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

(6) Jika Hakam berpendapat babawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan perceraian oleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah memberikan kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan perintah itu dan menghantarkan salinan rekod itu yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

(7) Melainkan jika dia adalah ahli keluarga terdekat pihak itu, maka tiada seorang pun atau Peguam Syarie boleh dibenarkan hadir atau mewakili mana-mana pihak di hadapan Hakam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.