ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 41. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.

Jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada mahkamah yang membuat permintaan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.