ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 168. Deposit sebelum perintah memenjara.

(1) Sebelum mana-mana perintah memenjara itu dilaksanakan, pemiutang penghakiman hendaklah mendepositkan dengan bailif sejumlah wang yang cukup untuk menampung saraan penghutang penghakiman itu selama empat belas hari atau bagi tempoh ianya dipenjarakan sekiranya kurang dari empat belas hari atas kadar bayaran yang ditetapkan oleh Mahkamah.

(2) Apabila penghutang penghakiman boleh ditahan di dalam penjara bagi tempoh lebih daripada empat belas hari pemiutang penghakiman hendaklah, pada atau sebelum habisnya empat belas hari yang pertama itu, mendeposit dengan bailif suatu jumlah tambahan bagi memperuntukkan saraan penghutang penghakiman selama empat belas hari berikutnya dan hendaklah terus membuat deposit yang demikian sebagai pendahuluan pada atau sebelum tamatnya tiap-tiap tempoh empat belas hari berikutnya, selagi penghutang penghakiman itu ditahan dalam penjara.

(3) Seorang yang dipenjara hendaklah dibebaskan serta-merta apabila pembayaran jumlah yang tersebut dalam waran memenjara dijelaskan. Perintah pembebasan itu hendaklah dibuat dalam Borang 25.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.