ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN IKUT KADAR



Seksyen 157. Hasil jualan dibahagi berkadaran kepada penghutang penghakiman.

(1) Apabila sesuatu aset dihasilkan melalui penjualan atau sebaliknya semasa melaksanakan sesuatu perintah atau penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang darinya aset itu telah dihasilkan tetapi belum mendapat penyelesaian daripada aset itu, aset itu setelah dipotong kos penghasilannya hendaklah dibahagi berkadaran di antara orang-orang itu dengan syarat-syarat berikut-


(2) Jika semua ataupun mana-mana aset yang telah dibahagikan berkadaran di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seorang yang tidak berhak menerimanya, seseorang yang berhak boleh menuntut daripada orang itu supaya mengembalikan aset itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membasmi atau menangguhkan tuntutan di bawah undang-undang bertulis lain yang diberi keutamaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.