ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 109. Kehadiran banduan sebagai saksi atau pihak

(1) Sesuatu permohonan untuk mendapat suatu perintah supaya seseorang yang dikurung di dalam penjara dikemukakan di hadapan Mahkamah boleh dibuat kepada Mahkamah secara ex parte melalui notis dalam Borang MS 24 dan disokong dengan afidavit.

(2) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, kos membawa saksi dalam jagaan selamat dari tempat tahanan ke Mahkamah dan balik hendaklah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa.

(3) Suatu perintah oleh Mahkamah supaya orang yang sedemikian dikemukakan hendaklah dalam Borang MS 25.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.