ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 54. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang-

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa boleh membuat pembahagian yang saksama mengikut usaha atau modal masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.