ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 4. Pemakaian.


(1) Kecuali sebagaimana dengan nyata diperuntukkan selainnya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang yang beragama Islam yang bermukim dalam Negeri ini dan bagi semua orang yang beragama Islam yang bermastautin dalam Negeri ini tetapi bermukim di luar Negeri ini.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, seseorang yang tinggal tetap dalam Negeri ini hendaklah disifatkan sebagai bermastautin dalam Negeri ini sehingga dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.