ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 9. Pertalian yang melarang perkahwinan.

(1) Tiada seorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan—
(2) Tiada seorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan—
(3) Tiada seorang lelaki atau perempuan pun, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan mana-mana perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan yang, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

(4) Tiada seorang lelaki pun boleh mempunyai dua orang isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau sesusuan yang perkahwinan antara mereka tidak sah mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.