ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 81. Sekatan tentang penubuhan masjid dan penalti.

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan, atau menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bangunan, bagi perkara-perkara yang hanya boleh dilakukan di atau oleh masjid.

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.