ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN AM



Seksyen 100. Rujukan muktamad.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di dalam Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syara' adalah tidak sah setakat mana ia berlawanan.

(2) Jika terdapat apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan atau mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini tidak menyatakan apa-apa perkara dengan jelas, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syara'.

Diluluskan oleh Dewan Negeri Pahang, pada 5hb Mac 1990.
[SUK. Phg. (DN) 03/0097 Pt. 6; PUN. Phg. (S) 624.]

AB. KHALID BIN MAT,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri,
Pahang




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.