ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 32. Perlantikan Mufti.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini orang yang menjadi Mufti Negeri Perak sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini, hendaklah dianggap sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini dan hendaklah terus menjalankan tugasnya.

(3) Seorang Timbalan Mufti boleh dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membantu Mufti menjalankan tugasnya di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.