ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai anggota keluarga

(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang anggota keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat yang ibu dan bapa kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kabajikan kanak-kanak itu.

(2) Kewajipan yang dikenakan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa balik oleh bapa atau ibunya.

(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki dalam menanggung nafkah seseorang kanak-kanak sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah boleh dituntut daripada ibu atau bapa kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.