ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN



Seksyen 10. Perlantikan dan tanggungjawab Setiausaha.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bolehlah melantik mana-mana orang yang layak untuk menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Tertakluk kepada mana-mana arahan daripada Ketua Pentadbir Majlis dan Enakmen ini, maka Setiausaha hendaklah menjaga semua suratcara Majlis, termasuk surat-surat milik, penjanjian dan cagaran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.