ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 47. Bentuk waran geledah

(1) Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah mengikut Borang 4 Jadual Kedua dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuat kuasa selama sebilangan hari yang munasabah yang hendaklah dinyatakan dalam waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.