ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pendapat Orang Ketiga bila relevan
Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan reIevan.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani sesuatu dokumen, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah ditulis atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu fakta relevan.
Huraian
- Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu atau apabila dalam perjalanan biasa urusan dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dihantar kepadanya.
MISALAN
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu ditulis oleh A kepada isterinya.
Keterangan diberi oleh B setiausaha A yang selalu membaca tulisan A.
Keterangan yang diberikan oleh B itu adalah relevan sungguh pun dia tidak melihat A menulis surat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.