ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 41. Tanggungan penyubahat kerana kesalahan yang disebabkan oleh perbuatan yang disubahati itu lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat.

Apabila sesuatu perbuatan dengan niat di pihak pensubahat itu hendak menyebabkan suatu kejadian yang tertentu dan suatu perbuatan yang pensubahat itu bertanggung oleh sebab subahat itu, menyebabkan suatu kejadian yang lain daripada yang dimaksudkan oleh pensubahat itu, maka pensubahat itu adalah bertanggung kerana kejadian yang disebabkan itu seperti, dan setakat, seolah-olah ia telah menyubahati perbuatan itu dengan niat hendak menyebabkan kejadian itu, dengan syarat ia telah ketahui bahawa perbuatan yang disubahati itu mungkin menyebabkan kejadian itu.

MISALAN

A. menghasut B. supaya menyebabkan cedera parah kepada Z. B., oleh sebab hasutan itu menyebabkan cedera parah kepada Z. Z mati akibatnya. Di sini jika A. telah ketahui bahawa cedera parah yang disubahati itu mungkin menyebabkan kematian, maka bolehlah A. diseksa dengan seksaan yang diperuntukkan bagi kesalahan membunuh orang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.