ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 82. Tidak membayar zakat dan fitrah.

(1) Sesiapa yang terkena membayar sesuatu zakat dan fitrah dan setelah tidak berjaya mendapati mengikut seksyen 51 Enakmen Pentadbiran Hukum syarak (Negeri Melaka) 1991, pembatalan atau perubahan tuntutan bayaran itu, ingkar atau dengan sengajanya mungkir membayarnya adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang boleh dikenakan membayar zakat dan fitrah dengan sengajanya mungkir membayarnya sama ada melalui amil yang dilantik atau pihak yang diberi kuasa oleh Majlis, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tida puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Suatu sabitan yang salah di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 hendaklah tidak menghapus hutang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.