ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pendapat Orang Ketiga bila relevan



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau tentang penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang berkemahiran khusus berkenaan dengan undang-undang negara asing, sains atau seni atau dalam soal pengenalan atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau tentang penentuan nasab adalah qarinah.

(2) Orang-orang sedemikian dipanggil pakar.

(3) Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberi pendapat yang bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.