ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 15. Mempengerusikan mesyuarat.

(1) Yang Dipertua atau semasa ketiadaannya, Timbalan Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis:

Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, jika hadir, boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

(2) Jika Kedua-duanya iaitu Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua tidak hadir dalam mesyuarat, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada ahli Majlis mempengerusikan mesyuarat.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.