ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KUMPULAN WANG PENTADBIRAN AM DAN KUMPULAN WANG ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 69. Sumbangan Kerajaan dan lain-lain.

(1) Kerajaan boleh, dari semasa ke semasa, menyumbangkan kepada Kumpulan Wang Pentadbiran Am Wang sebanyak yang difikirkan wajar.

(2) Sumbangan wang yang diterima oleh Majlis dari mana-mana punca untuk tujuan-tujuan am yang tidak berlawanan dengan Hukum Syarak atau bagi maksud-maksud sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 68, hendaklah dijadikan dan termasuk dalam Kumpulan Wang Pentadbiran Am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.