ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 58. Pencerobohan di tanah perkuburan, dsb.

Mana-mana orang yang dengan niat hendak melukakan perasaan seseorang, atau mencela Agama Islam, atau dengan mengetahui bahawa perasaan seseorang mungkin dilukakan, atau bahawa Agama Islam akan mungkin tercela dengan jalan demikian itu atau untuk apa tujuan sekalipun, melakukan apa-apa pencerobohan di mana-mana tanah perkuburan orang-orang Islam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.