ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 44. Bukti

Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini dan sesuatu salinan atau cabutan apa-apa catatan di dalamnya, yang diperakui di bawah tandatangan dan meterai jawatannya sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar, adalah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah dan tribunal mengenai tarikh-tarikh dan perbuatan-perbuatan yang terkandung atau dinyatakan dalam Daftar Perkahwinan, salinan atau cabutan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.