ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 18. Kebolehterimaan Iqrar.
(1)
Iqrar
yang berikut tidak boleh diterima:
(a)
iqrar
seseorang yang tidak
akil baligh
;
(b)
tertakluk kepada subseksyen (2),
iqrar
orang belum dewasa;
(c)
iqrar
orang gila atau orang terencat akal
(ma'tuh)
;
(d)
iqrar
wali atau peniaga yang dibuat bagi pihak seseorang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya.
(e)
iqrar
yang tidak dibuat secara sukarela; atau
(f)
iqrar
seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya
(Mahjur 'alaih).
(2)
Iqrar
yang dibuat oleh kanak-kanak
mumayyiz
yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang
iqrar
itu berkaitan dengan perniagaan atau urusan itu.
(3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang
akil baligh
.
Huraian
- Jika orang yang membuat
iqrar
menyatakan bahawa sesuatu barangan atau harta adalah bagi faedah seorang kanak-kanak belum
mumayyiz
,
iqrarnya
boleh diterima dan orang yang membuat
iqrar
itu adalah terikat dengan pernyataannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.