ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Bila Pendapat Orang Ketiga menjadi Qarinah



Fasal 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf ialah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa, hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau‘urf itu, jika ia wujud, ialah qarinah.

Huraian – Ungkapan; “hak atau ‘urf “ termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.