ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 194. Laporan orang tertentu

(1) Apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2) mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisis olehnya atau apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu laporan di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk laporan boleh diberikan sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini melainkan jika orang itu atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi-
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana kes apabila Pendakwa Syarie berniat untuk memberikan sebagai keterangan mana-mana laporan sedemikian, dia hendaklah menyerahkan suatu salinan laporan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Yang berikut ialah orang yang baginya peruntukan seksyen ini terpakai:
(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah melalui Enakmen ini terikat untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.