ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 149. Zina dengan orang bukan Islam.


(1) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam didapati bersetubuh dengan seorang perempuan atau seorang lelaki bukan Islam adalah melakukan kesalahan zina dan apabila sabit kesalahannya bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam didapati bersekedudukan dengan seorang perempuan atau seorang lelaki bukan Islam hendaklah dianggap telah melakukan kesalahan zina di bawah seksyen-kecil (1).

(3) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam kesalahan di bawah seksyen ini bolehlah dihukum di bawah seksyen-seksyen kecil (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.