ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 62. Bayaran keluar.

Tertakluk kepada Bahagian XVI dan seksyen 66 dan 67, sekiranya bayaran masuk adalah sama dengan jumlah yang dituntut atau plaintif memilih menerimanya sebagai penjelasan kepada semua tuntutannya, jumlah itu hendaklah dibayar keluar kepadanya, dan dia boleh mendapat penghakiman bagi semua kos yang sebenarnya dibelanjakan sebelum menerima notis bayaran masuk itu, dan kos mendapat penghakiman bagi kos tersebut melainkan dibayar tanpa perintah. Jika pembayaran itu adalah mengenai sebahagian daripada tuntutannya, plaintif boleh meneruskan dengan tuntutannya berkenaan dengan bahagian yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.