ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 83. Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas pindaan atau tambahan.

(1) Jika sesuatu pertuduhan itu telah dipinda atau ditambah mengikut seksyen 82, Mahkamah hendaklah serta-merta memanggil orang yang dituduh untuk membuat pengakuan dan menyatakan sama ada dia bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu.

(2) Jika orang yang dituduh menyatakan dia belum bersedia, Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan teliti sebab yang dia berikan dan jika Mahkamah berpendapat bahawa jika perbicaraan diteruskan dengan serta merta tidak akan memudaratkan orang yang dituduh itu dalam pembelaannya atau pendakwa dalam pendakwaan ke atas kes itu, Mahkamah boleh, atas budibicaranya, selepas pindaan atau tambahan itu telah dibuat, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan yang dipinda atau ditambah adalah pertuduhan asal.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.